KOTA BHARU – Kerajaan Negeri memutuskan pembukaan semula sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan mengikut keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM).
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan Kementerian Pelajaran akan membuka sekolah tersebut berdasarkan kepada kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan.