Trump pegang Bible cetus kemarahan pemimpin gereja

Iklan
Trump memegang kitab Bible ketika mengunjungi sebuah gereja di Washington semalam. - Foto Agensi

WASHINGTON - Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bergambar di hadapan sebuah gereja sambil memegang kitab Bible telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pemimpin agama Kristian di negara itu.

"Perbuatan itu sememangnya menyinggung perasaan kumpulan agama kerana kitab Bible telah disalah guna untuk tujuan politik. Trump mungkin berpendapat tindakannya itu seolah-olah menjustifikasikan kedudukannya dan kuasanya sebagai Presiden,” kata biskop di Washington, Mariann Budde.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pemimpin Episcopal lain juga mengecam lawatan Trump ke gereja itu yang disifatkan sebagai memalukan dan tidak bermoral.

Semalam, kunjungan Trump bersama Wanita Pertama, Melania ke gereja St John Paul II National Shrine di timur laut Washington turut membangkitkan kemarahan kepimpinan Katolik.

Iklan
Iklan

"Perbuatan itu sangat dikesali kerana mana-mana kemudahan Katolik tidak akan membenarkan kemudahannya disalah guna atau dimanipulasi dengan cara yang melanggar prinsip agama kita,” kata Ketua Biskop di Washington, Wilton Gregory. - AFP