Remaja Indonesia ditahan naik ETS rentas negeri

Iklan
Polis melakukan pemeriksaan ke atas penumpang ETS di Stesen KTMB Batu Gajah semalam. Foto: PDRM

BATU GAJAH - Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan apabila merentas negeri sendirian tanpa dokumen dan surat kebenaran polis dengan menaiki pengangkutan awam di Stesen Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batu Gajah di sini semalam.

Lelaki warga Indonesia itu ditahan sepasukan anggota polis Team Op Covid 19 Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Gajah ketika melakukan pemeriksaan ke atas penumpang tren elektrik (ETS) pada jam 10.55 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ketika ditahan, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu memberi alasan untuk bertemu dan tinggal bersama ibunya di Taiping.

"Berdasarkan tiket yang dirampas, suspek menaiki ETS dari Stesen Sentral Kuala Lumpur dan membeli tiket di kaunter tiket tanpa dokumen pengenalan diri dengan harga RM39.

Polis menjalankan pemeriksaan pada penumpang ETS di Stesen KTMB Batu Gajah, semalam. Foto: PDRM

Iklan

"Hasil siasatan ibunya akan datang mengambil suspek di Stesen Ipoh dan membawanya ke Taiping," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Adnan berkata, usaha untuk mengesan ibunya gagal.

Iklan

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Suspek dimasukkan ke lokap Balai Polis Pusing, Perak kerana masih di bawah umur dan direman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.