PM umum Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek esok

Iklan
Perdana Menteri akan mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Secara Jangka Pendek secara langsung jam 3 petang esok.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi tempoh Jun hingga Disember 2020 esok.

Pengumuman yang akan disiarkan secara langsung pada jam 3 petang itu dijangka terus menumpukan kepada tiga matlamat utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Iklan
Iklan

Menerusi pelan itu juga, pendekatan diambil kerajaan akan bersandarkan kepada empat ciri iaitu tangkas dan dinamik, kerjasama sektor awam-swasta diutamakan, memastikan komunikasi menyeluruh dan capaian meluas serta menggunakan pendekatan berdasarkan data.

Selasa lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek itu merupakan peluang untuk rakyat Malaysia mengambil peluang baharu yang berbangkit daripada krisis koronavirus (Covid-1) demi pembangunan masa depan negara.

Iklan

"Insya-ALLAH, inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri akan membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya semasa membentangkan Laporan Ketujuh Pencapaian Prihatin-Laksana baru-baru ini.

Sebelum itu, Tengku Zafrul turut menekankan bahawa terdapat kemungkinan akan ada inisiatif baharu diumumkan menerusi pelan pemulihan ekonomi jangka pendek itu dan inisiatif lama juga akan diteruskan.

Iklan

"Kita tunggu tapi yang penting, pelan perlu dinamik kerana semuanya bergerak dengan pantas. Ekonomi sudah dibuka secara berperingkat mulai 4 Mei lepas dan kalau kita tengok, lepas seminggu 6.1 juta sudah mula bekerja.

"Seminggu selepas itu, lebih 10 juta pekerja sudah mula bekerja. Ini mewakili 67 peratus daripada pekerja di Malaysia yang sudah mula bekerja,” katanya.