Polis tahan dua pemandu mabuk

Iklan
Anggota polis membuat pemeriksaan ke atas salah seorang pemandu dalam operasi berkenaan. Foto: Ihsan IPD PJ

PETALING JAYA - Dua lelaki berusia 23 dan 40 tahun ditahan polis selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol melalui Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan di sekitar daerah ini semalam.

Operasi sekitar jam 11 malam itu turut memeriksa seramai 94 pengguna jalan raya membabitkan 73 buah kenderaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, selain itu satu saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

"Kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi bertujuan membanteras dan mencegah pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Hasil tinjauan kami mendapati masih ada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Polis akan meneruskan operasi ini bagi memastikan pesalah ditahan dan menerima hukuman," katanya.

Iklan