Budak 2 tahun tergantung di pintu lif

Iklan
Kanak-kanak dua tahun tergantung selama hampir dua minit di pintu lif.

HUANGSHI - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris maut setelah tali keselamatan yang diikat pada tangannya tersangkut pada pintu lif selepas gagal mengikut ibunya keluar dari lif di sebuah pangsapuri Huangshi, Hubei, China.

Menurut laporan media tempatan, video tular pada minggu lalu menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu tidak berjaya keluar dari pintu lif berkenaan dan ibunya pula tidak sempat mendapatkan kanak-kanak berkenaan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup berdurasi satu minit, anak kecil itu berdiri di depan pintu lif ketika pintu ditutup.

Ketika lif mula bergerak ke tingkat atas, kanak-kanak itu serta-merta terus ditarik dan tergantung selama hampir dua minit sebelum jatuh kembali ke bawah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan setelah keluarganya segera meminta bantuan daripada pihak pengurusan kawasan kediaman mereka.