Penyewa lesap, rumah ditinggal rosak

Iklan
Paparan Twitter Ain Nabila tular di laman sosial.

RAWANG - Seorang pemilik rumah sewa di Telipot dekat sini kecewa dengan sikap penyewa yang meninggalkan rumahnya dalam keadaan rosak dan kotor.

Gambar rumah sewa yang rosak dan dipenuhi sampah itu tular di laman sosial selepas dimuat naik anaknya.

Iklan
Iklan

Ain Nabila Natasya, 22, berkata, rumah itu milik ibunya, Khalijah Chek, 57, yang disewakan kepada sebuah keluarga tempatan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, memandangkan ibunya menetap di Ampang, wang sewa rumah sebanyak RM400 sebulan akan dimasukkan ke akaun bank ibunya.

Iklan

"Pada mulanya, kami tidak tahu keadaan rumah sewa ini namun semuanya terbongkar selepas jiran rumah sewa itu menghubungi ibu dan mengatakan rumah tersebut telah kosong.

"Saya dan ibu segera ke rumah itu dan mendapati keadaan rumah sangat menyedihkan, dinding habis kena conteng, singki, pintu belakang, pintu bilik habis pecah dan barang-barang bersepah," katanya.

Iklan

Ain Nabila berkata, penyewa itu dipercayai mengosongkan rumah berkenaan sejak September tahun lalu dan tidak membayar sewa sejak Mei lalu.

"Ibu saya dianggarkan mengalami kerugian RM4,000 akibat kerosakan ini," katanya.

Katanya, buat masa ini rumah itu akan dibaik pulih dan kemungkinan tidak disewa lagi.

"Kami sudah serik untuk sewakan rumah ini, buat masa ini hanya fikir untuk baik pulih rumah sahaja. Bimbang perkara sama berulang.

"Namun jika ada rezeki memiliki penyewa baru, kami akan tapis, selidik latar belakang mereka terlebih dahulu," katanya.