Tujuh dikompaun joging di Bukit Pelindung

Iklan
Bukit Pelindung antara lokasi tumpuan awam menjalankan aktiviti joging dan rentas hutan. Gambar kecil: Mohamad Noor Yusof Ali

KUANTAN - Seramai tujuh individu dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan aktiviti joging di Hutan Lipur Bukit Pelindung di sini pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua individu terlibat dikompaun di bawah Perintah 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perintah tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai dinasihati mematuhi peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak melakukan aktiviti joging mahupun merentas hutan di Bukit Pelindung atau di mana-mana pusat rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB," katanya.

Iklan
Iklan