Isu Shahruddin ibarat sepakan penalti CR7 terkena tiang gol: Najib

Iklan
Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya penyokong Pakatan Harapan (PH) gembira apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Bagaimanapun, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan perkembangan yang berlaku itu tidak bermaksud PH dengan mudah dapat menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Saya percaya emosi penyokong PH semasa membaca surat timbalan menteri Perikatan Nasional yang letak jawatan ini seperti penyokong CR7 melihat pengadil menghadiahkan sepakan penalti kemenangan pada minit akhir tetapi Ronaldo (sepak) terkena tiang pula.

"Sebab itu, ramai rakyat telah muak dengan drama perebutan kuasa PH setiap hari pada masa krisis Covid-19 ini," katanya dalam catatannya di Facebooknya malam ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Iklan

Dalam pada itu, Najib turut memberi dua cara penyelesaian lebih baik kepada PH sekiranya mahu menumbangkan PN.

Beliau berkata, PH perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya 112 Akuan Bersumpah (SD) ahli Parlimen untuk tumbangkan kerajaan PN dan menghadapi risiko Parlimen mungkin dibubar serta-merta supaya kestabilan kerajaan dapat dipulihkan.

Iklan

Selain itu katanya, PH perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk bertanding dan menang dalam pilihan raya umum berkenaan.

"Hari ini, kerajaan umum 277 kes Covid-19 baharu (walaupun majoriti adalah bukan warganegara) pada masa imbangan perdagangan antarabangsa untuk bulan April 2020 kita diumumkan telah jatuh menjadi negatif (defisit) buat kali pertama sejak tahun 1997 setelah negara mencatat lebihan (surplus) selama 269 bulan berturut-turut," katanya.

Katanya, cabaran dalam menghadapi krisis wabak Covid-19 ketika keadaan ekonomi dihadapi yang masih dalam keadaan sangat merisaukan adalah lebih penting berbanding daripada drama perebutan kuasa PH.