Ighalo tekad balas kepercayaan The Red Devils

Iklan
Ighalo (kanan) gembira kerana masih dapat bersama The Red Devils sehingga Januari tahun depan.

Tonggak pinjaman Manchester United, Odion Ighalo bertekad memacu The Red Devils ke tahap tertinggi menjelang penyambungan semula saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut pemain dari Nigeria itu, kelab kendalian Ole Gunnar Solksjear berkenaan berkemampuan memberi impak lebih positif kerana masih bersaing di kempen EPL, Piala FA dan Liga Europa.

Iklan
Iklan

"Secara jujur saya sangat gembira dan bersemangat membawa cabaran Manchester United selepas tempoh pinjaman saya dilanjutkan di Old Trafford.

"Sekarang semuanya sudah jadi lebih jelas dan saya punya komitmen yang sama untuk kekal di sini sampai penghujung Januari.

Iklan

"Saya akan bekerja keras dan melakukan yang terbaik bagi memastikan Manchester United melangkah lebih jauh dan lebih tinggi lagi,” kata penyerang berusia 30 tahun itu.

Ighalo menyambung kontrak pinjaman bersama The Red Devils sehingga Januari tahun depan menyertai kem Solksjear pada Januari lepas daripada kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua sehingga 31 Mei lalu.

Iklan

Untuk rekod, Ighalo menjaringkan empat gol dalam lapan aksi bersama kelab Old Trafford itu termasuk satu ketika membantu The Red Devils menang 5-0 ke atas LASK dalam saingan Liga Europa pada 12 Mac lalu iaitu saingan terakhir kelab itu sebelum ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

The Red Devils ketika ini di tangga kelima liga, ketinggalan tiga mata di belakang Chelsea dengan berbaki sembilan perlawanan.