Cabaran normal baharu buat skuad B-19 negara

Iklan
Maloney giat memantapkan cabaran Harimau Muda menjelang Pusingan Akhir Kejuaraan AFC B-19 di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan. Foto: FB FAM

PEMBATALAN Piala Presiden dan Piala Belia disifatkan cabaran baharu kepada pengendali skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Brad Maloney dalam memantapkan Harimau Muda menjelang Pusingan Akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.

Pengurus UiTM FC berkata, Mustaza Ahmad berkata, beliau menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan kedua-dua kejohanan tersebut, namun dari sudut lain ia satu kerugian kepada Maloney apabila tidak berpeluang mencari muka baharu bagi memperkuatkan cabaran skuadnya.

Iklan
Iklan

"Biarpun secara umumnya Maloney sudah mempunyai barisan pemain yang diperlukan, cuma dia tidak dapat pemain baharu jika masih mahu mencari nilai tambah skuadnya menerusi pemantauan pemain yang beraksi pada Piala Presiden dan Piala Belia.

"Satu lagi, tanpa kedua-dua pertandingan itu menyukarkan para pemain mendapatkan minit perlawanan yang diperlukan kerana ia sepatutnya memberikan pendedahan lebih kepada mereka sebelum beraksi di Uzbekistan.

Iklan

"Jadi apa yang perlu Maloney lakukan sekarang adalah perlu bekerja lebih keras lagi bagi membina semula kekuatan barisan pemain Harimau Muda sedia ada sekarang, tidak hanya aspek kecergasan tetapi juga fizikal,” katanya kepada Sinar Harian.

FAM sebelum ini mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) musim ini berikutan pandemik Covid-19.

Iklan

Skuad muda negara mengesahkan tiket ke Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 selepas menewaskan Thailand 1-0 di Kemboja November lalu, sekali gus membolehkan anak-anak buah Maloney mengungguli Kumpulan G seterusnya layak ke Uzbekistan selaku juara kumpulan.