Pengupas kelapa disyaki pecah rumah dicekup

Iklan
Suspek yang diberkas polis sebelum ini turut memiliki tiga rekod jenayah lampau.

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang pengupas kelapa yang dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Jalan Ladang Torkinton di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di kawasan sekitar daerah ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan dibuat berdasarkan terdapat kesan cap jari suspek di tempat kejadian.

"Siasatan awal polis mendapati suspek yang juga penagih dadah mengaku terlibat dalam kes tersebut dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Agus Salim berkata, suspek melakukan kegiatan jenayah pecah rumah di lokasi kejadian pada 19 Mei lalu.

"Suspek dipercayai memecah masuk rumah mangsa dengan mengopak pintu tingkap dapur hingga beberapa barangan didapati hilang antaranya kipas angin dan tabung duit syiling," katanya.

Iklan

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.