Anwar bertemu pimpinan PH tanpa Dr Mahathir

Iklan
Gambar pertemuan Anwar dengan Guan Eng, Mohamad, Anthony Loke dan Saifuddin Nasution dimuat naik di Facebook Pakatan Harapan malam tadi.

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) di rumahnya malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkongsi gambar pertemuannya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah), Mohamad Sabu.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada dalam pertemuan itu walaupun ia diadakan untuk mengukuhkan PH dalam membuat keputusan dan tindakan politik.

Iklan

PH dalam satu kenyataan malam tadi berkata, pimpinan utama PH telah bertemu dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan PH dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.

"Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus. Insya-ALLAH, perubahan besar dalam masa terdekat," kata kenyataan itu lagi.

Iklan