Umno pun menari juga tapi....

Iklan
Khairy Jamaluddin. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - Bukan isu menari yang menjadi pertikaian dalam video tular membabitkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, sebaliknya yang dipersoalkan ialah isu pemisahan kuasa.

Iklan
Iklan

"Jangan kita jumud sangat kata tak boleh ada tarian di majlis-majlis terutamanya yang meraikan sesuatu. Kita pun biasa dalam Umno ada majlis tarian, janji ia tak melampaui batas.

"Tetapi isunya adalah soal pemilihan kuasa kerana tidak sesuai untuk Ketua Hakim Negara, Peguam Negar dan menteri undang-undang berada atas satu pentas. Ia mengundang kritikan bahawa pemisahan kuasa itu tidak dihormati kerana mereka berinteraksi secara sosial," katanya kepada media selepas mengunjungi penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, hari ini.

Iklan

Khairy mengulas video melibatkan tiga tokoh tersebut yang mengundang pertikaian ramai pihak.

Menurut beliau, dahulu BN pernah dihentam teruk apabila video bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menari bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak tersebar.

Iklan

"Itu pun bukan majlis rasmi sebaliknya secara spontan mereka menari apabila lagu berkumandang. Tetapi apabila video tersebar, BN diserang.

"Mereka kata tak sesuai Peguam Negera berinteraksi dengan menteri sebab tiada pemisahan kuasa. Itu saja yang jadi pertikaian, dan rakyat tegur kita terimalah," katanya.