HANOI - Vietnam masih berjaya mengekalkan rekod sifar kes jangkitan tempatan untuk tempoh 50 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.
Setakat hari ini, keseluruhan kes kekal sebanyak 328, daripada jumlah itu 188 adalah kes import dan yang dikuarantin sebaik tiba di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).