PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik koronavirus (Covid-19).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah Penjana itu, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama.