SHAH ALAM - Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan perkhidmatan Internet dengan kapasiti 1GB secara percuma setiap hari.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkhidmatan tersebut diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video.