PUTRAJAYA - Kerajaan menyediakan pembiayaan berjumlah RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Pelancongan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, skim tersebut kan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan.