TUNISIA - Tunisia pada Khamis membuka semula masjid selepas ditutup selama hampir tiga bulan untuk membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.
Sehubungan itu, penduduk dilihat mula menunaikan solat di sebuah masjid di Tunis dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan ditetapkan pihak berkuasa, antaranya memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.
Angka korban Covid-19 di Tunisia kini berjumlah 49 orang dengan 1,087 kes jangkitan. - Bernama