PUTRAJAYA - Kadar pengangguran di negara ini dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 orang penganggur sepanjang tahun 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan mengambil kira situasi yang mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini berikutan usaha pembendungan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.
Iklan
Iklan
"Saya ingin mengambil sikap berterus-terang dengan saudara dan saudari semua mengenai kedudukan ekonomi negara kita. Seperti negara-negara lain, Malaysia juga menghadapi cabaran yang agak getir.
"Kadar pengangguran di Malaysia adalah di paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial di sini hari ini.