Lima tan durian lelong RM5 sebiji licin
Iklan
Durian dengan harga RM5 sebiji menarik minat lebih 300 pelanggan dalam tempoh dua jam.
SUNGAI PETANI - Seorang peniaga buah durian berjaya menjual sebanyak lima tan raja buah itu hanya dalam tempoh kira-kira dua jam apabila melelongnya dengan harga RM5 sebiji.
Muhammad Alias Abd Rahman, 32, berkata, tindakannya melelong buah durian dengan harga sedemikian adalah bagi memberi peluang kepada golongan tidak berkemampuan untuk membeli buah berkenaan yang memang digemari oleh masyarakat kerana terkenal dengan keenakan rasanya.
Iklan
Iklan
"Tidak semua orang mampu mendapatkan buah durian yang kebiasaannya dijual mengikut timbangan berat hingga ada yang mencecah kira-kira RM15 sekilogram bagi jenis durian kampung bahkan ada yang lebih mahal bagi jenis lain.
"Dengan tawaran RM5 sebiji, saya rasa semua orang mampu membelinya. Tak apa biar untung sedikit tetapi ramai yang boleh rasa, tambahan pula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang susah,"katanya.
Iklan
Pelanggan diberi peluang memilih buah sendiri dengan harga RM5 sebiji.
Menurut Muhammad Alias, usahanya itu telah menarik minat lebih 300 pelanggan yang tidak melepaskan peluang mendapatkan buah itu yang dijual di hadapan Masjid Padang Temusu di sini sejak jam 3 petang, hari ini.
Tambah lelaki tersebut, dia mungkin meneruskan jualan secara lelong itu sekiranya mendapat bekalan buah durian esok.
Iklan
"Semua buah diambil dari Balik Pulau. Jika esok buah masih ada, kita teruskan. Hari ini, buah sudah habis," katanya.
Lazimnya, Muhammad Alias membuka jualan buah durian bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bergantung kepada bekalan namun hari ini, sehingga jam 5 petang buah durian kampung itu sudah habis dijual.
Sementara itu, rakan peniaga berkenaan, Muhammad Ridzuan Osman,33, berkata, betapa dia tersentuh hati apabila melihat beberapa pelanggan membeli hanya sebiji durian dengan harga RM5.
Sebanyak lima tan habis dijual dalam tempoh dua jam.
"Ada yang mai (datang) beli sebiji, dua biji pun ada, kanak-kanak pun ada bawa RM5, cuma nak beli sebiji durian.
"Saya lihat ramai yang kurang mampu, jadi dengan harga sebegini, kita dapat membantu lebih ramai orang untuk membeli dan menikmati buah durian," katanya.
Tambah lelaki tersebut, dalam kesibukan menjual buah durian itu, pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada pelanggan supaya mementingkan aspek keselamatan dan menjaga penjarakkan sosial seperti ditetapkan PKP.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam