Perancis nafi beri perlindungan kepada Guaido

Iklan
Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido. Foto: Agensi

PARIS - Kerajaan Perancis hari ini menafikan memberi perlindungan kepada pemimpin pembangkang Venezuela selepas Menteri Luar, Jorge Arreaza mendakwa Juan Guaido bersembunyi di kedutaannya di Caracas.

"Guaido tidak berada di kediaman Perancis di Caracas. Kami telah mengesahkannya berulang kali kepada pihak berkuasa Venezuela," kata jurucakap Kementerian Luar Perancis, Agnes von der Muhll.

Iklan
Iklan

Perancis antara lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Guaido sebagai Pemangku Presiden selepas pembangkang menguasai semula Parlimen.

Pembangkang menuduh Presiden Nicolas Maduro melakukan penipuan dalam pilihan raya yang diadakan semula pada 2018.

Iklan

Semalam, Arreaza membuat dakwaan itu tiga hari selepas Maduro menuduh Guaido sedang bersembunyi di sebuah lokasi diplomatik.

Menurut Arreaza lagi, pihaknya tidak boleh memasuki premis kedutaan asing sesuka hati kerana tertakluk kepada undang-undang antarabangsa.

Iklan

"Dalam hal ini, Guaido mungkin berada di kedutaan Sepanyol atau Perancis dan penahanan secara paksa adalah mustahil," kata Arreaza.

Arreaza mengeluarkan kenyataan itu ketika diminta mengulas kelibat Guaido di kedutaan Perancis di Caracas.

Seorang lagi sekutu rapat Guaido, Leopoldo Lopez dilaporkan berlindung selama lebih setahun di kedutaan Sepanyol.

Sementara itu, Guaido menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan dakwaan Maduro sebagai fitnah.

"Mereka berbohong kepada anda," kata Guaido di Twitter.

Maduro dan pentadbirannya melabelkan Guaido sebagai penjenayah meskipun tiada waran tangkap dikeluarkan ke atas sekutu rapat AS itu. - AFP