PUTRAJAYA - Pilihan Raya Umum (PRU) tidak sesuai diadakan berikutan ancaman Covid-19 walaupun sedang berlaku krisis politik tanah air.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pandemik Covid-19 telah menyebabkan kekangan diadakan pilihan raya.
Iklan
Iklan
"Kita tidak boleh keluar berkempen, tidak boleh berhimpun, tidak boleh melakukan semua yang kita lakukan ketika pilihan raya sebelum ini," katanya.
Menurutnya, kerajaan juga berdepan dengan perbelanjaan besar jika pilihan raya diadakan.
"Ada yang kata kita harus segerakan PRU, ada juga yang kata kalau majoriti yang ditunjukkan mereka dapat kecil, mereka (Perikatan Nasional) akan lengahkan PRU.
"Tapi pada masa ini memang negara tidak sedia untuk mengadakan PRU," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.