Pengawal keselamatan ditahan rogol anak tiri

Iklan
Tertuduh menjemput wanita itu ke biliknya dan menawarkan minuman ringan yang telah dicampur dengan sedatif sebelum merogol mangsa. - FOTO HIASAN

LABUAN - Seorang pengawal keselamatan ditahan di Kampung Sungai Miri di sini semalam kerana didakwa mencabul dan merogol anak tirinya berusia 16 tahun sejak tahun lalu.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada jam 1.10 tengah hari iaitu dua jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, remaja itu mendakwa suspek merogolnya beberapa kali sejak tahun lalu di rumahnya di Kampung Sungai Bedaun di sini ketika ibunya keluar untuk bekerja.

Menurutnya, polis akan memohon perintah reman terhadap suspek dalam membantu siasatan kerana merogol dan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa berkenaan.

Iklan

Sementara itu, seorang pengurus akaun di sini kerugian RM67,700 selepas terpedaya oleh tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai bank dan anggota polis Khamis lalu.

Farid berkata, mangsa wanita itu dihubungi oleh pegawai berkenaan pada jam 12.30 tengah hari dan memaklumkan penggunaan kad kredit mangsa telah melebihi had yang dibenarkan.

Iklan

"Bagi mengemas kini akaun, lelaki tersebut meminta mangsa mendedahkan butiran peribadi, nombor akaun, kata laluan dan identiti akaun kononnya bagi tujuan siasatan.

"Selepas memberi butiran tersebut, mangsa mendapati sejumlah wang RM67,700 dalam akaunnya dipindahkan ke sebuah akaun lain yang tidak dikenali dan segera membuat laporan polis,” katanya.

Dalam kes berasingan, Farid berkata sebutir bom Perang Dunia Kedua yang terdampar di Pulau Daat telah ditunda ke laut dan diletupkan pada jam 4 petang semalam.

Menurutnya, bom seberat 453 kilogram dengan ukuran panjang 1.24 meter dan garis pusat 1.52 meter itu ditemukan oleh seorang individu di laut kira kira 200 meter dari pantai Rabu lalu.- Bernama