United bakal laksanakan idea-idea baharu

Iklan
Solskjaer

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer bakal melaksanakan idea-idea baharu dalam sesi latihan skuad kendaliannya itu menjelang 'sambungan' aksi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), tidak lama lagi.

Solskjaer berkata, dia turut kagum dengan semangat yang ditunjukkan kesebelasan pemain United terutamanya intesiti yang dilihat meningkat dalam sesi latihan yang diadakan.

Iklan
Iklan

"Latihan kali ini adalah untuk melihat semula perkara positif yang telah kita laksanakan dan seterusnya melihat idea-idea baharu dan diharapkan kita dapat melihat lebih banyak ke hadapan berbanding sebelum ini.

"Kita ada perlawanan pada hujung minggu akan datang, pertengahan minggu, hujung minggu dan oleh itu perlu kekal fokus kepada terutamanya pada diri sendiri dan bukannya hanya menumpukan kepada perlawanan 'sulung' yang akan dihadapi.

Iklan

"Kita telah 'menantikan' perlawanan-perlawanan ini untuk tempoh yang agak lama. Perlawanan pertama adalah dua minggu dari sekarang dan oleh itu kita perlu menjalani latihan dan mendapatkan semula rentak permainan kita semula," katanya.

Untuk rekod, skuad The Red Devils itu akan memulakan semula saingan EPL musim ini apabila dijadualkan berdepan Totenham Hotspurs 19 Jun ini, setelah saingan EPL ditangguhkan sejak 16 Mac lalu berikutan pandemik Covid-19.

Iklan

Perlawanan berdepan Spurs itu juga akan menjadi aksi sulung United sejak tiga bulan setelah menewaskan LASK, 5-0 dalam aksi Liga Europa 12 Mac lalu dan ini memberikan peluang kepada pemain-pemain yang mengalami kecederaan seperti Marcus Rashford dan Paul Pogba untuk kembali beraksi memperkuatkan pasukan.

Untuk rekod juga, United kini berada pada prestasi terbaik hasil 11 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan termasuk ketika menewaskan Chelsea dan Manchester City.

United kini berada pada tangga kelima EPL, tiga mata di belakang Chelsea dan dua mata di hadapan Wolves dan Sheffield United dan berpeluang merebut slot untuk beraksi ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu Solskjaer berkata, dia teruja untuk menyaksikan bagaimana kesebelasan pemain United kekal cergas setelah hampir tiga bulan tidak menjalani latihan bersama berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun Solskjaer tetap yakin dengan kemampuan kesebelasan anak didiknya itu dan menyifatkan kesemuanya berada dalam 'mood' yang baik dan bersemangat untuk kembali memulakan saingan.

"Semua orang tahu kita akan cuba lakukan yang terbaik dan fokus ketika berdepan Totenham. Ia satu perlawanan besar untuk semua orang. Kita pernah tewaskan Chelsea dan saya yakin pemain United akan lakukan dengan mentaliti yang sama kali ini.

"Saya rasa semua orang dapat melihat untuk beberapa bulan sebelum ini, pemain United berjaya berdepan dengan situasi seperti ini. Mereka (pemain) telah berjaya kekal cergas sepanjang tempoh (lockdown) itu dan ia sesuatu yang bagus untuk pasukan.

"Cuaca (ketika berlatih) juga baik dan bila mereka (pemain) bersentuhan ketika berlatih, anda dapat saksikan wujud keakraban dan pertalian dalam kalangan pemain. Bagi saya, ia perkara penting bagi sesebuah pasukan," katanya.