'Saya gembira tidak sertai Barcelona'

Iklan
Di Maria

PEMAIN sayap Paris Saint Germain (PSG), Angel Di Maria mengakui lega tidak membuat kesilapan menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona tiga tahun lalu.

Menurutnya, kelab Catalan itu menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya selepas Neymar meninggalkan Barcelona dan menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia pada 2017.

Iklan
Iklan

Selepas gagal mendapatkan Di Maria, Barcelona akhirnya menandatangani pemain Borussia Dortmund,Ousmane Dembele.

"Saya sangat gembira di Paris. Rakan-rakan saya di kelab juga menasihati saya supaya tidak berpindah kerana ia satu pembohongan pada akhirnya.

Iklan

"Barcelona cuba mendapatkan saya dan kedua-dua kelab berbincang, tetapi PSG tidak mahu menjual saya. Ia berakhir di situ.

"Pembohongan ini sangat mengganggu saya. Tetapi, pada akhirnya tidak meninggalkan PSG adalah perkara yang baik kerana saya sangat gembira di PSG hari ini," katanya.

Iklan

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu akan tamat tahun depan, namun Di Maria memberikan bayangan mahu terus kekal dan menamatkan kariernya bersama PSG.

"Saya mahu menamatkan karier saya di Eropah bersama PSG dan itu sahaja yang bermain di fikiran saya. Saya dan keluarga gembira di sini.

"Untuk perancangan selepas bersara, saya belum fikirkan lagi. Tiada perbincangan dilakukan dan saya mahu terus fokus di atas padang sahaja," katanya.

Di Maria telah memenangi empat kejuaraan Ligue 1 bersama PSG selain mengidamkan untuk menjuarai Liga Juara-Juara yang pernah dimenangi ketika menyarung jersi Real Madrid.

"Ia akan jadi sangat hebat jika dapat menang Liga Juara-Juara bersama PSG. Bukan hanya untuk menang piala, tetapi ingin memberikan kegembiraan kepada kelab dan penyokong," katanya.