Tapak pembinaan beroperasi tanpa kebenaran diarah tutup

Iklan
Notis penutupan dilakukan DBKL selepas mendapati kerja pembinaan yang dijalankan itu tidak mendapat kebenaran.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Ops Pantau Covid-19 mengesan sebuah tapak pembinaan yang beroperasi tanpa kebenaran di Jalan Bukit Kiara malam tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tapak pembinaan tersebut diarah tutup dan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(13)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL mendapati terdapat kerja pembinaan konkrit sedang dijalankan di tapak projek dan di luar waktu kerja yang dibenarkan.

"Kontraktor diberikan notis memberhentikan kerja dan perlu mengosongkan tapak dalam tempoh 14 hari," katanya.

Iklan
Tapak pembinaan beroperasi tanpa kebenaran di Jalan Bukit Kiara.

Katanya, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan operasi pembinaan yang dilaksanakan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan kontraktor dan pemaju untuk mematuhi garis panduan KKM susulan terdapat penularan Covid-19 dikesan dari kluster tapak pembinaan.

Iklan

Ia termasuk pematuhan pembinaan rumah kongsi atau berdepan tindakan tegas oleh DBKL dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).