KUANTAN - Seramai 11 lelaki dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan aktiviti joging di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) kira kira jam 8.15 pagi pada 3 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner, Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kesemua mereka berusia 18 hingga 34 tahun berasal dari Kuantan dan Terengganu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, individu terlibat dikompaun di bawah Perintah 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
"Perintah tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
"Orang ramai dinasihati mematuhi peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak melakukan aktiviti terlarang seperti joging di mana-mana pusat rekreasi yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB termasuk di Sukpa," katanya.