Covid-19: Johor catat satu lagi kes kematian

Iklan

JOHOR BAHRU - Johor merekodkan satu lagi kes kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyanathan berkata, kes kematian ke-116 (kes-7733) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lelaki terbabit mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang.

"Beliau telah dirawat di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom, Johor pada 29 Mei dan disahkan meninggal dunia pada malam 4 Jun lalu.

Iklan

"Dengan kematian terbaharu ini, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor sebanyak 20 orang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, jumlah keseluruhan pesakit pada satu sesi klinik pakar di negeri ini akan dikurangkan kepada 60 hingga 70 peratus.

Iklan

Menurutnya, bagi pengoperasian wad kanak-kanak, ia beroperasi seperti biasa namun hanya seorang penjaga yang berada di wad menemani pesakit pada satu-satu masa dan pelawat tidak dibenarkan kecuali ibu-bapa sahaja.

Tambahnya lagi Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ) telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan urusan-urusan kaunter di luar ruang pejabat.

"khemah-khemah didirikan dan ditempatkan semua urusan kaunter disekalikan dengan kaunter saringan.

"Oleh itu, bagi pelanggan yang datang berurusan, setelah saringan suhu dibuat akan terus ke kaunter untuk berurusan dan tidak perlu ke pejabat.

"Urusan kaunter bagi JAINJ ditetapkan bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan diharap memberikan perkhidmatan yang lebih cepat dan cekap kepada pelanggan di samping mengekang risiko penularan Covid-19," katanya