SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melaksanakan penerbangan ihsan membawa dua bayi yang mengalami masalah jantung bagi memerlukan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).
Nick Ahmad Shah berusia 11 hari dan Muhamad Akid Aqil, 2 bulan yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) diterbangkan menggunakan pesawat pengangkut A400M dari 22 Skuadron.