Berita tular PM sampai perutusan khas Isnin ini palsu

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, Isnin ini.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu penafian berita tular memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:

Iklan
Iklan

"Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan pemakluman bahawa YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada hari Isnin, 8 Jun 2020 jam 2.00 petang melalui RTM, BERNAMA, TV3 dan Astro.”

PMO menjelaskan bahawa berita palsu tersebut sedang tular di media sosial.- Bernama

Iklan
Iklan