Sindiket penyeludupan migran tumpas

Iklan
Antara 11 individu dipercayai dalang sindiket penyeludupan migran dan rentas antarabangsa negeri Pahang yang ditangkap pihak polis.Foto: Ihsan FB JSJ PDRM Pahang.

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan migran dan rentas antarabangsa susulan penangkapan 11 individu dipercayai dalang aktiviti itu semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata, kejayaan itu hasil risikan selama sebulan yang dijalankan polis Pahang dengan kerjasama Bukit Aman menerusi Operasi Benteng Covid-19 (Op Benteng Covid19) 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi tersebut dilakukan di tiga daerah membabitkan Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Temerloh.

Datuk Abd Jalil Hassan

"Mereka adalah tekong kepada aktiviti penyeludupan manusia.

Iklan

"Berdasarkan tangkapan ini kita telah berjaya melumpuhkan aktiviti mereka dan akan meneruskan lagi siasatan lanjut dalam usaha memerangi aktiviti permerdagangan manusia habis-habisan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tangkapan dibuat di bawah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.Foto: Ihsan FB JSJ PDRM Pahang.

Abd Jalil berkata. pihaknya akan meneruskan siasatan sama ada mereka mempunyai rangkaian di Pahang.

Iklan

Tangkapan dibuat di bawah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Tangkapan dibuat di bawah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.Foto: Ihsan FB JSJ PDRM Pahang.