SPRM perlu tegas, amanah: MCW

Iklan
JAIS

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu berani melaksanakan tugas dengan tegas dan amanah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, pihaknya yakin SPRM tidak mudah goyah dengan mainan politik murahan yang digunakan segelintir ahli politik dan terus tegas melaksanakan tugasan mengikut lunas undang-undang without fear or favor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MCW dan rakyat melihat terdapat gerakan untuk menjatuhkan imej SPRM oleh segelintir ahli politik yang telah kehilangan kuasa atas kesilapan sendiri.

"Masih terdapat segelintir ahli politik yang masih mementingkan ‘tekak’ sendiri dan tidak habis-habis ‘berpolitik murahan’ sehingga sanggup menggunakan ‘video viral’ dengan menjadikan SPRM sebagai ‘mangsa’ fitnah untuk meraih simpati dan perhatian rakyat.

Iklan

"Sewajarnya dalam keadaan bencana wabak koronavirus (Covid-19) yang memberi kesan hebat terhadap prestasi ekonomi negara, kita memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan keadaan negara pulih dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pada masa sama, Jais berkata, MCW menempelak dan menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan pihak tertentu hanya untuk menimbulkan kecelaruan kepada rakyat serta mengganggu proses siasatan SPRM yang sedang berjalan.

Iklan

Jelasnya, SPRM perlu membuktikan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas dan segera menyelesaikan siasatan kes yang berkaitan.

"MCW amat bimbang sikap ‘politik murahan’ ini boleh menjadi punca rakyat semakin sangsi dengan kewibawaan pihak penguatkuasaan dan pentadbiran negara,” katanya.