Bintang Bollywood dilabel hipokrit sokong Black Lives Matter

Iklan
Priyanka Chopra (kanan) dilabel hipokrit oleh netizen kerana menyokong kempen Black Live Matter. - Foto Agensi

NEW DELHI - Bintang Bollywood yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Prinyanka Chopra dihentam netizen India kerana menyokong pergerakan Black Lives Matter sebagai tanda solidariti terhadap pembunuhan etnik kulit hitam oleh polis di negara Uncle Sam itu.

Priyanka, 37, antara sebahagian selebriti di dunia yang menzahirkan simpati terhadap kematian George Floyd menerusi platform media sosial.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tindakan Priyanka menyokong pergerakan antiperkauman di AS sekadar mengundang ejekan dan sindiran netizen.

Netizen melabelkan isteri kepada Nick Jonas itu sebagai hipokrit kerana telah sekian lama mempromosikan produk pencerahan kulit.

Iklan

"Priyanka bercakap mengenai penindasan etnik kulit hitam di AS, sedangkan di sini dia menjadi duta kepada krim pencerah wajah," kata Shaziiiaaa di Twitter.

"Priyanka mahu menjadi putih dan gebu. Dia adalah sebahagian masalah di India," kata Siskaeee.

Iklan

Selain Priyanka, beberapa lagi bintang Bollywood antaranya Disha Patani dan Sonam Kapoor turut dihentam kerana menyokong pergerakan Black Lives Matter sedangkan mereka mempromosikan produk pencerahan kulit.

"Mereka (bintang Bollywood) bercakap mengenai Black Lives Matter nun jauh di AS tetapi buta, bisu dan pekak terhadap penindasan sistematik etnik minoriti di negara sendiri," kata seorang lagi pengguna Twitter. - Agensi