Nanas goreng sajian unik

Iklan
Noor Hidayah tidak pernah menyangka nanas goreng yang dijualnya menjadi tumpuan orang ramai.

PASIR PUTEH - Masam, manis dan rangup, itu keenakan rasa resipi nanas goreng yang diusahakan oleh seorang peniaga Noor Hidayah Abdullah, 32, sejak setahun yang lalu.

Noor Hidayah berkata, idea menggoreng nanas itu 'dihadiahkan' oleh seorang wanita Kelantan yang menetap di Johor selepas singgah di gerainya di belakang pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Iklan
Iklan

"Masa singgah di gerai, kakak tersebut bertanya kepada saya pernah cuba atau makan nanas goreng.

"Saya jawab belum pernah. Tanpa berlengah dia terus keluarkan nanas dari kenderaannya dan kemudian berkongsi resipi tersebut," katanya.

Iklan
Masam, manis dan rangup itu keenakan rasa resepi nanas goreng yang diusahakan oleh Noor Hidayah.

Menurutnya, selepas mencuba resipi itu dia terkejut apabila rasa nanas goreng cukup enak.

Katanya, wanita itu kemudiannya menyuruh dia menjual makanan tersebut secara serius bersama pisang, ubi, tapai goreng dan keropok lekor.

Iklan

Noor Hidayah berkata, dia terkejut resipi itu 'meletup' menyebabkan gerai pisang gorengnya menjadi tumpuan orang ramai untuk mencuba hidangan tersebut.

Masam, manis dan rangup itu keenakan rasa resepi nanas goreng yang diusahakan oleh Noor Hidayah.

"Setakat ini saya sudah mempunyai pelanggan tetap untuk hidangan nanas goreng.

"Paling jauh pelanggan tetap saya dari Pasir Mas. Sejak diperkenalkan tahun lalu permintaan terhadap resipi ini makin bertambah dan masyarakat sekeliling sudah dapat menerima keenakan rasa nanas goreng," katanya.

Norhidayah berkata, bagaimanapun jualan nanas goreng bergantung kepada bekalan bahan mentah itu.

Katanya, sekiranya bekalan mencukupi baharulah dia akan menjual makanan itu dengan harga RM1 lima keping.

"Saya akan pastikan bekalan nanas sentiasa ada, baharulah menjualnya kerana tidak mahu pelanggan kecewa," katanya.

Noor Hidayah melayan pelanggan yang ingin mendapatkan nanas goreng di gerainya.