Tindakan berani Arab Saudi benarkan solat Jumaat berjemaah

Iklan
Sejumlah umat Islam menumaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi, Madinah. - Gambar ihsan Hal Ehwal Masjid Nabawi

Hampir 100,000 umat Islam dilaporkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi pada 5 Jun lalu. Ia pertama kali dibenarkan dalam tempoh dua bulan di negara tersebut selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

Sebelum ini, pihak berkuasa negara tersebut tidak membenarkan solat berjemaah dilakukan sebagai usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi pula dilaporkan membenarkan hampir 4,000 buah masjid digunakan untuk solat tersebut sehingga notis yang selanjutkan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Berita tentang kebenaran bersolat Jumaat di negara tersebut merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ini kerana Arab Saudi mencacatkan bilangan kematian akibat Covid-19 yang tertinggi di rantau Teluk.

Masjid Nabawi, Madinah dibuka selepas lebih dua bulan ditutup kepada orang awam. - Gambar AFP

Iklan

Dalam satu kenyataan di Twitter pada Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan terdapat 2,591 kes baharu pandemik tersebut. Bilangan itu menjadikan jumlah kes Covid-19 yang sudah disahkan di negara tersebut ialah 95,748 kes.

Jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini ialah 676 kes dengan 71,791 kes sembuh.

Iklan

Namun, pelaksanaan solat Jumaat itu dilakukan dengan peraturan kesihatan yang ketat.

Setiap jemaah perlu membawa sejadah mereka masing-masing. Mereka juga diarah berdiri mengikut jarak yang telah ditetapkan ketika bersolat.

Masjid juga hanya dibenarkan dibuka 15 minit sebelum azan berkumandang. Ia juga perlu ditutup 10 minit selepas solat berjemaah. Para jemaah juga perlu berdiri pada jarak dua meter antara satu sama lain.

Kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun tidak dibenarkan untuk pergi ke masjid.

Menurut portal berita Gulf News kelmarin, tandas-tandas dan tempat berwuduk ditutup kepada para jemaah. Pengedaran air dan makanan dilarang di dalam masjid.

Turut digantung buat sementara waktu ialah kelas-kelas hafalan al-Quran dan kuliah agama di majid-masjid.

Arab Saudi sudah pasti tidak mahu kematian akibat pandemik tersebut berterusan. Sebelum ini seorang doktor berketurunan Pakistan meninggal dunia selepas dijangkiti virus Covid-19.

Sebahagian penganut Islam bersolat Jumaat di Masjid Nabawi, Madinah. - Gambar ihsan Hal Ehwal Masjid Nabawi

Berdasarkan laporan akhbar Daily Okaz baru-baru ini, pakar pembedahan, Dr. Naeem Khalid Chaudhry, 47, terkorban ketika melaksanakan tugas untuk berjuang menangani Covid-19. Dia meninggal dunia ketika bekerja di sebuah hospital kerajaan di Mekah.

Peraturan ketat itu dipercayai bagi mengelakkan bertambah ramai di Arab Saudi dijangkiti dengan pandemik Covid-19.

Tambahan pula, Arab Saudi menempatkan dua buah masjid suci bagi umat Islam. Masjid itu ialah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ramai umat Islam yang tinggal di luar negara tersebut memang berhasrat untuk menunaikan solat berjemaah di kedua-dua masjid itu.

Justeru, kebenaran untuk bersolat Jumaat secara berjemaah di Arab Saudi ketika pandemik Covid-19 memamg dinanti-nantikan oleh umat Islam. Sudah pasti bersolat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dijanjikan ganjaran pahala besar oleh ALLAH menjadi berita gembira kepada umat Islam.

Sebelum ini, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdullah yang juga Penjaga Dua Masjid Suci pernah memperkenankan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi tanpa berjemaah.

"Keputusan itu menunjukkan bagaimana Penjaga Dua Masjid Suci berusaha untuk memulihkan suasana di situ," kata Presiden Dua Buah Masjid Suci itu, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdulaziz Al Sudais seperti dilaporkan oleh Saudi Press Agency baru-baru ini.

Sebelum ini, Menteri Hawal Ehawal Agama Islam, Shaikh Latif Abdul Aziz berkata, khutbah Jumaat semasa solat tersebut memberi tumpuan kepada langkah-langkah persediaan untuk menghadapi pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut ditarik balik di bandar raya Jeddah yang melaksanakan semula perintah berkurung pada hari Sabtu sehingga 29 Jun ini.

Langkah memperkenalkan semula perintah berkurung itu disebabkan oleh cadangan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Tindakan juga dilaksanakan selepas pihak kerajaan mengkaji tetang situasi penyakit berjangkit dan bilangan pesakit yang tinggi di unit rawatab tapi di Jeddah.

Perkhidmatan memesan makanan dari restoran-restoran dan kebenaran untuk pergi bekerja juga turut digantung.

Perintah berkurung di Jeddah bermula antara pukul 3 petang dan 6 pagi pada Sabtu lalu dengan larangan berkumpul seramai lima orang.

Menurut portal berita Saudi Gazette, semua penerbangan domestik dan darat dibenarkan dan kemasukan ke Jeddah dan keluar dari bandar raya tersebut tidak dilarang di luar tempoh berkurung itu.

Sehubungan itu, Arab Saudi yang sebelum ini menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia. Namun, ia belum membuat keputusan sama ada akan membenarkan ibadat haji.

Ia juga menutup pintu kepada kepada umat Islam untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.

Namun, langkah membenarkan solat Jumaat secara berjemaah itu dengan garis panduan ketat adalah merupakan tindakan berani daripada kerajaan Arab Saudi yang mungkin diikuti beberapa negara Islam lain.