Amang seksual: Guru Sains direman

Iklan
Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah di Ayer Keroh oleh anggota polis, hari ini.

ALOR GAJAH - Seorang guru Sains di sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang di sini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajar berumur 13 tahun.

Perintah reman sehingga 26 Januari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris terhadap suspek yang berumur 40 tahun bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii.

Iklan
Iklan

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dilihat tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah di Ayer Keroh kira-kira jam 10 pagi dan dibawa keluar anggota polis sejam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, suspek ditahan semalam di kediamannya di sebuah taman di Alor Gajah selepas mangsa yang juga seorang pelajar lelaki membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Iklan

"Pengadu yang tinggal di asrama sekolah tersebut mendakwa suspek iaitu warden di situ beberapa kali memanggilnya untuk berjumpa di lokasi tertentu sebelum melakukan perbuatan seksual terhadapnya antara 1 dan 17 Januari lalu.

"Mangsa kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak warden yang lain dan laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan