Bagi percuma pun tak ada yang berminat!

Iklan
Rumah ini dibina pada tahun 1930 dan terkenal dengan kisah menyeramkan. - Foto Mirror Sunday

LOUISIANA - Sebuah rumah di Louisiana, Amerika Syarikat dijual dan ditawarkan secara percuma namun tiada sesiapa berminat untuk memilikinya.

Lapor Mirror Sunday, pemilik rumah bertungkus-lumus untuk menjualnya malah akan diberi percuma kepada sesiapa yang berminat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun kisah seram mengenai rumah yang dibina pada tahun 1930-an itu menyukarkan proses penjualannya.

Seorang ejen perumahan dan pemilik bersama McLain Investments, Sylvia McLain, berkongsi gambar rumah tersebut di Facebook untuk menarik pembeli tetapi usahanya sia-sia kerana banyak komen daripada penduduk tempatan berkongsi mengenai kisah seram yang mereka alami hingga tular di laman sosial.

Iklan

Bekas penduduk Dawn Vallot DeClout mendakwa rumah itu diduduki oleh mendiang nenek moyang, bernama, Adele, berusia sekitar 90 tahun dan gemar membuat kerja di dapur.

Adele meninggal di ruang tamu pada tahun 1967.

Iklan

Netizen enggan dikenali berkata,"Kemungkinan cerita hantu akan tetap ada dan sesiapa sahaja yang tinggal di rumah itu akan mengalaminya."

Katanya, mereka yang berkunjung ke rumah itu akan mengadu mendengar bunyi aneh di siling dan dinding.