JAWA TENGAH - Polis menahan dua individu kerana memuat naik video penampakan pocong hingga menakutkan penduduk di daerah Purbalingga, Jawa Tengah.
Lapor Tribun News, Ketua Unit Siasatan Jenayah AKP Meiyan Priyantoro memberitahu pihaknya telah melakukan pencarian dan mendapati penampakan pocong di beberapa tempat di Purbalingga adalah tidak benar.
Iklan
Iklan
Meiyan memberitahu, video itu dimuat naik oleh seorang lelaki berusia 33 dan gadis berusia 15 tahun dari Kampung Kemangkon.
"Pada mulanya, lelaki itu memuat naik video penampakan pocong di akaun Facebooknya hingga tular di laman sosial.
"Dia mengaku mendapat video dari status WhatsApp rakannya.
"Video itu sekadar gurauan tetapi bila dimuat naik di Facebook telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan masyarakat Purbalingga. Ia satu kesalahan," katanya.
Katanya, video itu dirakam oleh si pelaku di Kampung Meri, Kutasari.