Tukang kebun didakwa cabul anak saudara usia 8 tahun

Iklan
Tertuduh berusia 53 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak saudaranya berusia 8 tahun, pada Jun tahun lepas

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul anak saudara perempuannya berusia 8 tahun Julai tahun lepas.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 53 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang pada Julai 2019.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahkan dokumen dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7, 000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali setiap bulan selain menyerahkan pasport miliknya kepada pihak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan ( YBGK) Nurul Syafikah Mohd Shafie.

Iklan

Difahamkan, mangsa hanya berani menceritakan kepada ibunya yang dia dicabul oleh tertuduh pada jam 3 petang, 10 Mei lalu.

Mangsa memaklumkan perbuatan itu dilakukan ketika dia bermalam di rumah tertuduh sejak 2015 dan berlarutan sehingga tahun lalu.

Mangsa mendakwa tertuduh ada mengugut yang dia akan kehilangan orang tersayang jika menceritakan kejadian itu.