Sambutan Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan

Iklan
Ibadah korban. Gambar Hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Berita baik kepada umat Islam kerana kerajaan membenarkan sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam.

Iklan
Iklan

"Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada perutusan khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan rangkaian media sosial sebentar tadi.

Iklan

Melalui kebenaran itu, umat Islam di negara ini boleh kembali meneruskan kelaziman atau tradisi sambutan hari raya seperti balik kampung, menunaikan solat sunat hari raya serta menziarahi kubur.

Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, 24 Mei lalu, orang ramai terikat kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan aktiviti rentas negeri untuk pulang beraya selain aktiviti ziarah hari raya turut dihadkan.

Iklan