Polis cari saksi kes langgar lari

Iklan

TELUK INTAN - Polis meminta orang awam yang melihat kejadian langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 30 Jalan Langkap-Kampar berhampiran Sungai Batang Padang, di sini hari ini tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian sekitar jam 1.25 petang itu, mangsa berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku membabitkan sebuah motosikal dan treler.

"Ketika kejadian, motosikal ditunggang mangsa dari arah Kampar menghala ke Langkap, manakala treler datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Sampai di lokasi kejadian, dipercayai treler terbabit telah masuk ke laluan motosikal dan berlanggar secara berhadapan," katanya.

Menurutnya, selepas perlanggaran berlaku, treler terlibat melarikan diri ke arah Kampar tanpa berhenti.

Iklan

"Orang ramai diminta tampil membantu dengan menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian ini," katanya.