KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dekan Kor Diplomatik di Malaysia, Prof Qaley Allahverdiyev, bagi pihak rakan-rakan Duta dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia, merakamkan ucapan tahniah kepada kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kedutaan Azerbaijan di Malaysia kepada Bernama, Duta dan Pesuruhjaya Tinggi mendoakan semoga rakyat negara Malaysia sentiasa dilindungi dan dilimpahkan kemakmuran di bawah pimpinan Raja yang bijaksana.