Barcelona berdepan tekanan

Iklan
Quique Setien

PENGENDALI Barcelona, Quique Setien mengakui pasukannya berada dalam tekanan untuk memenangi saingan La Liga musim ini.

Menurutnya, kelab Catalan itu perlu menang semua perlawanan untuk memastikan kejuaraan liga kekal menjadi milik mereka.

Iklan
Iklan

"Biasanya anda bermain permainan dalam pramusim dan mengukur tahap keupayaan sebelum memulakan liga. Tetapi, sekarang kami perlu terus bermain selepas berehat panjang.Ia sangat berbeza.

"Kami akan melihat bagaimana permainannya dan bagaimana keadaannya bagi setiap pemain. Semua orang berbeza.

Iklan

"Kami berpendapat bahawa kami harus memenangi setiap perlawanan jika ingin menjadi juara.Kami perlu bermain dengan baik dan tahu bahawa kami harus berada dalam prestasi untuk bersaing dan memenangi setiap perlawanan," katanya.

Barcelona ketika ini mendahului kedudukan La Liga, namun hanya dibezakan dua mata dengan pencabar terdekat, Real Madrid.

Iklan

Kata Setien, baki 11 perlawanan La Liga itu akan menjadi detik sukar buat pasukannya dengan keadaan pemain yang berkemungkinan memerlukan masa mencari rentak.

"Kami akan melihat bagaimana permainan berjalan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh lawan kami.Pasukan akan memerlukan satu minggu lagi untuk benar-benar segar.

"Semua pemain sangat berminat dan bermotivasi untuk bermain. Ini bagus untuk pasukan dan kami hanya perlu mengekalkannya," katanya.

Dalam pada itu, Setien turut memaklumkan penyerangnya,Luis Suarez berkemungkinan boleh kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya pada Januari lalu.

"Suarez mempunyai tambahan masa untuk pulih daripada kecederaan dan beraksi semula. Dia juga sudah kembali berlatih dan saya yakin dalam dua atau tiga perlawanan dia akan berada pada tahap terbaik," katanya.