Malaysia Airlines tambah penerbangan domestik

Iklan
Malaysia Airlines telah menambah penerbangan domestik serta menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai bulan Jun dan Julai.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines telah menambah penerbangan domestik serta menyambung semula penerbangan antarabangsa mulai bulan Jun dan Julai untuk memudahkan perjalanan penting dalam negeri dan berikutan negara-negara lain membuka semula pintu sempadan mereka.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, ia akan menyesuaikan kapasiti rangkaiannya dari masa ke masa untuk memastikan permintaan penumpang dipenuhi, sebelum menyusun semula jadual penerbangan pada bulan Oktober bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Penyambungan semula perkhidmatan itu akan membolehkan ahli keluarga pulang bertemu ibu dan bapa mereka selepas pelaksanaan sekatan perjalanan di kebanyakan negara di seluruh dunia menghalang mereka untuk melakukannya.

Bagaimanapun, penumpang diingatkan untuk memeriksa syarat-syarat untuk masuk dan keluar sebelum melakukan perjalanan kerana sekatan perjalanan masih berkuat kuasa di kebanyakan negara.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan itu menyambut baik penumpang menggunakan semula perkhidmatan Malaysia Airlines.

"Kami akan terus memastikan keselamatan, kesihatan, dan keselesaan mereka dengan memperkenalkan inisiatif baharu seiring dengan protokol keselamatan dan kesihatan antarabangsa sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan ketenangan fikiran penumpang sepanjang perjalanan mereka dengan Malaysia Airlines.

Iklan

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Malaysia Airlines pada sepanjang waktu yang mencabar ini,” kata Izham.

Dalam persekitaran penularan koronavirus (Covid-19), Malaysia Airlines telah melaksanakan pelbagai langkah dan protokol keselamatan yang dipertingkatkan melibatkan koordinasi dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan kesihatan serta kesejahteraan penumpang dijaga.

Langkah-langkah ini merangkumi pemeriksaan suhu badan, aktiviti nyahkuman dan pembersihan terhadap semua harta benda serta kemudahan, pelaksanaan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka yang wajib dan pemasangan penghalang skrin pelindung di kaunter daftar masuk dan kaunter lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Syarikat penerbangan itu juga akan memastikan semua pesawatnya dibersihkan dan nyahcemar pada setiap penerbangan, sementara tanda akan dipastikan sentiasa bersih sepanjang tempoh penerbangan oleh kru kabin.

Penumpang yang mencari penerbangan untuk pulang ke Malaysia Airlines boleh menempah tiket mereka di laman web rasmi syarikat penerbangan itu di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html atau menerusi aplikasi Malaysia Airlines, beberapa tarikh penerbangan tersedia untuk membuat tempahan.

Jadual penerbangan yang tersedia di laman web dan penumpang diminta untuk melakukan pendaftaran masuk secara dalam talian atau peranti mudah alih untuk mengurangkan interaksi dan mengelakkan beratur panjang di lapangan terbang terutama yang melakukan perjalanan domestik. - Bernama