New Zealand rai kejayaan bebas Covid-19

Iklan
Kes Covid-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.

ANKARA - New Zealand pada Isnin meraikan kemenangan memerangi wabak novel koronavirus (Covid-19) selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif, lapor agensi berita Anadolu.

Pada satu sidang akhbar di Wellington, Arden berkata, pesakit Covid-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Kes Covid-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.

Pada awalnya, Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac.

Iklan

Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes.

Kemudian pada 27 April, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Iklan

Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa.

Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial.

Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.

Pada Isnin, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif Covid-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh.

"Ini berita baik. Tidak mempunyai kes aktif buat pertama kalinya sejak 28 Februari amat bermakna dalam perjalanan melawan Covid-19, namun langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ashley Bloomfield.

Pada Selasa, Ardern mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan.

"Kita tidak mempunyai lagi kes baharu Covid-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua tetapi sempadan masih ditutup," katanya.

Penduduk yang tiba di negara ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin.

New Zealand mencatatkan kes Covid-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.

Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China pada Disember, virus maut itu sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Wabak itu telah membunuh lebih 406,400 orang di seluruh dunia dengan lebih 7.09 juta kes disahkan manakala lebih 3.18 juta pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat. - Bernama