KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.