Jangan buat andaian : Zamani

Iklan
- Foto Instagram Zamani

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Slam, Zamani memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik kini.

Menurut lelaki berusia 48 tahun ini, dia sudah menjalani beberapa rawatan seperti berurut bagi mengatasi masalah tulang belakang yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik sahaja dan saya masih mampu untuk memenuhi aktiviti yang sudah ditetapkan.

"Sebenarnya saya tak nak peminat bimbang memikirkan kesihatan saya. Jadi kalau boleh janganlah ada yang membuat andaian mengenai keadaan saya," katanya kepada mStar Online.

Iklan

Zamani sebelum ini mendedahkan dia menghidapi masalah tulang belakan membengkok dan perlu dibedah segera.

Bagaimanapun pemenang tempat ketiga musim kelima Gegar Vaganza (GV5) itu memilih untuk menangguhkan pembedahan selepas dimaklumkan peluang untuknya hidup di atas kerusi roda lebih tinggi. - Mstar Online

Iklan