Warga emas maut jatuh dari tingkat 15 kondomium

Iklan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.45 pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas maut dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.45 pagi yang memaklumkan wanita berusia 75 tahun ditemukan dalam keadaan telentang dengan kecederaan parah di kepala di kawasan parkir di aras tiga bangunan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal di Taman Daya Kepong telah ke rumah anaknya yang tinggal di tingkat 15 kondominium itu.

"Namun ketika itu, rumah anak lelaki sulungnya tiada orang.

Iklan

"Tiada saksi yang melihat kejadian dan setakat ini tiada unsur salah laku jenayah dikesan. Beberapa barangan milik mangsa dijumpai di koridor hadapan sebuah rumah di tingkat 15 bangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penolong pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di lokasi pada jam 12.45 tengah hari mengesahkan kematian mangsa.

Iklan

"Mayatnya telah dibawa ke HKL untuk tindakan lanjut. Siasatan diteruskan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.