PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meninggal dunia di sini hari ini.
Harun Selamat yang berusia 106 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.45 malam kerana sakit tua di rumahnya di Kampung Pachitan, Port Dickson.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Aminuddin, dimaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah Chuah di sini jam 10 pagi esok.